FESYEN



Apakah itu fesyen?

Pada pembacaan aku..fesyen secara zahirnya membabitkan pakaian yang kita pakai, tarian yang kita tarikan, kereta yang kita pandu, gaya potongan rambut serta pelbagai aspek yang lain. Fesyen itu mempengaruhi gaya hidup dan memberikan kesan pada setiap peringkat kehidupan. Fesyen dikatakan adalah aliran yang lazim merebak pada masyarakat selari dengan sejarah dunia. Betul ke? Fesyen merupakan keinginan untuk perubahan, dan ini menjadikan ia sebahagian daripada asas kelengkapan kehidupan.

Manusia mula menutup badan mereka untuk memanaskan badan dan supaya kelihatan sopan, tetapi perhiasan dan dekorasi telah dulu menjadi aspek penting dalam berpakaian. Tekanan daripada rakan-rakan dan perubahan gaya hidup mempengaruhi jenis perhiasan yang dapat diterima pada sesuatu masa atau zaman atau kelompok masyarakat. Kini..dimana kesopanan tersebut walaupun ianya dikatakan busana muslimah sedangkan penutupan aurat yang disarankan telah dipesongkan dengan kefesyenan. Aku keliru....

Pada asasnya, tujuan manusia memakai pakaian masih tidak berubah dulu dan kini. Hari ini kita masih memakai pakaian untuk tidak menjolok mata, tetapi pilihan kita dalam berpakaian dipengaruhi oleh keinginan untuk menghias diri. Namun, pada pandangan aku...manusia zaman ini sesetengahnya masih kekolotan walaupun moden di hujung jari. Kenapa aku ungkapkan kata yang sedemikian? Kerana aku adalah muslimah yang beragama Islam tetapi pernah juga terpengaruh dengan fesyen yang mana bagi aku ketika itu terasa tercabar oleh keinginan untuk berpakaian sesukanya tanpa mengira batas agama yang menyarankan kita untuk melabuhkan tudung hingga menutupi paras dada dan hanya menampakkan muka dan tangan. Aku juga manusia biasa..tetapi juga sering bertanya. Mengapa manusia yang menutupi tubuhnya iaitu wanita amnya yang mengikut syariat Islam masih ada melakukan maksiat di sebalik wajah dan caranya berpakaian? Aduh! Aku adalah Tipah yang tertipu...!! Disebalik leher yang tertudung tersembunyi kesan yang dinamakan love bite.. disebalik perut yang berbusana indah...tersembunyi kandungan yang sehari lagi mungkin akan dilahirkan... di sebalik pentupan aurat....tersembunyi kisah2 durjana. Apa ini semua? Aku jadi kebingungan....

Pakaian adalah medium komunikasi yang paling jelas dan berpengaruh. Dengan hanya melihat gaya seseorang berpakaian kita boleh mengandaikan tentang status sosial, identiti jantina, orientasi politik, etnik, gaya hidup dan keutamaan estetik mereka. Namun, pendapat itu aku ketepikan dan aku boleh katakan ini semua hanya lakonan di pentas dunia. Permainan ini begitu licik. Mungkin ada yang betul2 muslimah...namun berapai ramaikah mereka berbanding dengan mereka yang hanya bergelar muslimah pada nama?Aduh...aku tertipu!

Antara ciri fesyen yang hebat adalah ianya sentiasa berubah dan tidak statik. Ianya berlaku terlalu cepat, sesuatu yang in fashion boleh bertukar menjadi out of fashion pada bila-bila masa. Apa yang kita lihat mungkin pereka membuat perubahan ini mengikut mood dan kehendak hati, tetapi realitinya rekaan mereka hanya akan diterima masyarakat jika ianya benar-benar dapat mencerminkan zaman atau dekad pada waktu tersebut. Kebanyakan mereka menjadikan perubahan fesyen berteraskan kebaratan. Dan aku juga suka lihat semua itu...tetapi jiwaku tidak tenteram dan otak serta akal ku berputar terus memikirkan persoalan yang sulit untuk dijawabkan.

Hari ini bahasa fesyen dipertuturkan, dari New York hingga ke Tokyo dan ia sudah pergi jauh dari tempat yang dikatakan asalnya iaitu Perancis. Aliran fesyen terbaru mungkin datang dari London, India, Hong Kong ataupun tidak mustahil nanti mungkin dari Kuala Lumpur, tetapi mungkin juga datangnya bukan daripada idea pereka. Pada aku, fesyen sudah dipertuturkan berabad lamanya...sejak zaman nabi lagi. Tetapi aku rasa aku sedang dimanipulasikan oleh arus masa dan keadaan semasa. Arggghhhhh....

Kini bahagian pemasaran dan promosi dalam sesuatu organisasi sentiasa boleh mempromosikan nama sesiapa jua sehingga ianya menjadi sebutan, ikutan atau fashionable. Apa sahaja barangan seperti T-shirt hingga kasut sukan boleh menjadi kegilaan peminat fesyen. yang ini benar dan aku setuju...kerana ianya juga merupakan punca pendapatan sesetengah manusia yang pandai mencari punca pencarian sebaiknya.

Diawal abad ke 21 ini, sekali lagi kita boleh melihat korset (corset) dan pinggul bustel (bustle) yang mendominasi aliran fesyen diawal abad ke 20, muncul kembali dipersada fesyen antarabangsa. Kini dada dan pinggul memainkan peranan utama untuk menawan hati sesiapa yang melihat, agak kontroversi? Mungkin fenomena ini yang mendefinasikan budaya moden, apapun terpulang pada perspektif masing-masing. Inilah yang harus diperbincangkan kerana kita berada di dalam kelompok yang berbagai kaum, bangsa dan agama. Disni kita harus membuat penilaian. Kerana fesyen, sebahagian manusia bergelar muslimah sanggup ketepikan syariat agama. Mereka seronok dan teruja dengan fesyen yang digayakan oleh mereka2 yang beragama bukan Islam. 

Fesyen sememangnya berubah. Kini apabila wanita moden memakai korset dan pereka merahsiakan identiti mereka disebalik label tertentu adalah kerana mereka bebas untuk berbuat demikian bukan kerana terpaksa, tekanan dan sebagainya. Yang pasti manusia akan terus-terusan menikmati keseronokan dengan fesyen, mengapa tidak? That’s the beauty of fashion! 

Namun....harus juga kita sedar akan batas2 kita..dan aku memperingatkan diri sendiri agar sentiasa berpegang teguh dengan syariat Islam kerana aku adalah hamba Allah swt, umat Nabi Muhammad saw dan aku dilahirkan dalam keislaman..maka aku dengan relanya menyerah diri dan bersujud pada Ilahi memohon keampunan dan memohon agar aku di lindungi dari segala godaan syaitan dan hawa nafsu diri.